CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Latar Belakang Herbalife

Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes. Semasa beliau remaja, beliau tidak sanggup menyaksikan bagaimana kesihatan ibunya menjadi semakin buruk selepas ibunya mencuba satu demi satu diet yang tidak berjaya. Tragisnya, setelah melalui begitu banyak amalan yang tidak sihat, ibunya meninggal dunia ketika berumur 36 tahun.Mark bertekad untuk mengabdikan hidupnya menolong orang ramai menurunkan dan mengawal berat badan dengan efektif dan selamat.

Pada tahun 1980, beliau melancarkan Herbalife dan dengan penuh kapakaran membina reputasi sebagai pembekal produk-produk pengawalan berat badan, nutrisi dan penjagaan diri.Herbalife hanya menggunakan vitamin, zat galian, herba dan botani yang terbaik dalam produknya. Pasukan kajian dan pembangunannya menggabungkan sains dan sumber asli untuk menyediakan produk bagi mempertingkatkan kesihatan menggunakan teknik termaju yang sempurna untuk semua peringkat umur.

Sama ada anda sedang mencuba untuk mengurangkan berat badan atau sebagai tambahan kepada diet anda untuk nutrisi optimum atau supaya kelihatan segak dengan produk penjagaan diri, Herbalife menawarkan sesuatu untuk semua.Bukan sahaja anda boleh mempertingkatkan kesihatan dengan Herbalife tetapi anda juga boleh memperbaiki prospek kewangan anda. Sama ada anda sedang mencari pendapatan tambahan secara sambilan atau mahu memperoleh pendapatan yang lebih banyak dengan bekerja sepenuh masa, Herbalife menawarkan anda peluang yang dicari-cari.

Herbalife telah mengumpulkan sebuah pasukan yang terdiri daripada saintis, ahli perubatan dan pakar nutrisi terkenal yang membawa era baru dalam syarikat. Membawanya ke satu tahap yang tiada tandingannya dalam industri dan memperoleh rasa hormat alam komuniti saintifik sedunia.Kumpulan lelaki dan perempuan yang hebat ini - yang kebanyakannya bersekutu dengan universiti yang cemerlang, berada di belakang produk dan program inovatif Herbalife yang merevolusikan industri pengurusan berat badan dan nutrisi. Produk dan program seperti Niteworks yang dirumuskan oleh Pemenang Hadiah Nobel Dr, Louis Ignarro dan Shapeworks, program pengurusan berat badan peribadi yang dibangunkan menggunakan kajian yang dijalankan oleh Dr. David Heber, salah seorang pakar terkemuka dalam bidang-bidang pengurusan berat badan dan nutrisi, adalah hanya beberapa contoh bagaimana syarikat menerajui bidang pemajuan sains nutrisi.

Daripada produk-produk pengurusan berat badan dan nutrisi yang maju dari segi saintifik sehinggalah pendekatan peribadi yang pengedar Herbalife tawarkan kepada para pelanggan mereka, Herbalife sentiasa komited untuk memperbaiki kehidupan dan memberikan inspirasi kepada masa depan melalui formula-formula perintis dan peluang-peluang bisnes berkembang maju. Dengan lebih daripada dua dekad kejayaan dan berjuta-juta pelanggan yang berpuas hati yang berada di belakangnya, Herbalife mencipta dunia yang lebih sihat - satu orang pada satu masa.