CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Fakta Diet

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?

Makanan seimbang bermaksud makanan yg mengandungi semua nutrien yg diperlukan oleh badan kita iaitu sekurang-kurangnya 40 jenis.

Kenapa?

Sebab kita mempunyai lebih kurang 90 jenis organ yg mempunyai tugas yg berlainan tetapi saling berkait rapat antara satu sama lain. Setiap organ ini memerlukan khasiat yang berlainan untuk ia berfungsi.


Contohnya :

Otak memerlukan vit. B12,
Jantung memerlukan vit. E,
Mata memerlukan vit. A (diperolehi daripada makanan yang mempunyai Beta Kerotena (pewarna asli yg biasanya terdapat pada lobak merah) iaitu sumber vit. A),
Hati memerlukan kombinasi vit. A, C, & E,
Tulang memerlukan kombinasi mineral Kalsium dan vit. D dsb.


Banyak jenis penyakit kronik yang kita ketahui skrg ni sebenarnya boleh disembuhkan dengan cara menukar tabiat pemakanan harian kita kepada pemakanan yang seimbang. Seperti kata Dr. Adele Davis, anda adalah apa yang anda makan, bermaksud anda sihat kerana makanan yang sihat dan anda tidak sihat kerana makanan yang tidak sihat. Contoh-contoh penyakit yang disebabkan pemakanan tidak sihat adalah Anemia disebabkan kurang zat Besi, Prostat disebabkan kurang zat Zink, Tiroid (Beguk) disebabkan kurang Iodin, Cox-B disebabkan kurang Selenium & vit. E dll. Kesimpulannya, kita kena makan makanan yang memberi kita kesihatan dan bukan hanya mengenyangkan sahaja. Terdapat 3 cara untuk mendapatkan khasiat seperti yang diterangkan tadi.


Cara 1 :


Setiap kali kita ke pasar kita cari lah sayur-sayuran atau buah-buahan yg mempunyai warna seperti lobak merah, bayam purple(inda tau la apa jenis bayam ni), sayuran berwarna hijau (lebih gelap warna hijaunya lagi bagus), buah-buahan seperti tembikai (sikui) warna merah & kuning, buah naga (dragon fruit) berwarna merah & putih, kepayas (papaya). Pendek kata semua sayuran atau buahan yg berwarna-warni lah. Nmpk semuanya sedap2 belaka, tetapi kita kena pilih yg tidak menggunakan baja kimia ataupun racun perosak. Kalau boleh yg organik yg hnya menggunakan baja asli tanpa kimia. Apabila kita memasak makanan seperti sayuran, jangan dimasak dengan kepanasan melebihi 25 darjah Celsius, nanti hilang semua khasiatnya. Buahan pula klu boleh jgn dikupas kulitnya kerana kandungan vit. C pada buahan terletak dibawah kulit dan di atas isi dan bukan pada jusnya seperti yg biasa kita dengar. Namun cara ini sangat mencerewetkan dan banyak wang perlu kita guna untuk mendapatkan makanan-makanan tadi.


Cara 2 :


Cara ini paling senang. Apa susah-susah mau pigi cari semua makanan tadi. Pigi saja sana farmasi, beli saja multi-vitamin atau B-complex atau suplemen yg mengandungi hampir semua (bukan semua) khasiat yang diperlukan. Tetapi persoalannya, adakah ianya SEIMBANG? Kita juga terpaksa melabur banyak wang untuk membeli suplemen-suplemen ini hanya untuk mendapatkan 40 jenis khasiat sehari.


Cara 3 :
ShapeWorks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink

So terpulang pada anda untuk memilihnya...bagi saya tentulah cara 3..Dengan ShapeWorks..senang


Berat badan anda ideal? Cuba check BMI anda di bawah ini....


BMI Categories:
Underweight = <18.5 Normal weight = 18.5-24.9 Overweight = 25-29.9 Obesity = BMI of 30 or greater Metric BMI Formula BMI = Weight in Kilograms / ( Height in Meters )² Sekiranya anda rasa anda mempunyai masalah, saya sarankan herbalife jadi pilihan anda..

Masalah Metabolisme

Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:

1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.

2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas ini.

3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.

Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :

UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak.

MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.

Cara meningkatkan Kembali Paras Metabolisme

  • Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap 4 hingga 5 jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil secara tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
  • Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding dengan karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.
  • Buat senaman aerobik 4 hingga 5 hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
  • Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksid daripada badan.
  • Tidur yang secukupnya membuatkan badan mendapat rehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.